RSS

anugrah ramadhan

“Seandainya Bani Adam mengetahui fadhilah ramadhan niscaya merekaakan meminta seluruh bulan dalam setahun menjadi Ramadhan” (Al Hadits)

Dalam Bulan Ramadhan terdapat shalat Tarawih. Pernah suatu ketika sahabat-sahabat Rasulullah, bertanya mengenai fadhilah (kelebihan) shalat sunat tarawih pada bulan Ramadhan yang diriwayatkan oleh Saiyidina Ali ra.

Rasulullah bersabda:

Tarawih malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Tarawih malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang shalat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Tarawih malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan shalat tarawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Tarawih malam 4 – Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Tarawih malam 5 – Allah SWT kurniakan baginya pahala sebagaimana orang shalat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Tarawih malam 6 – Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah SWTmengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan shalat tarawih pada Pada malam ini.

Tarawih malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Tarawih malam 8 – Allah SWT mengurniakan pahala orang shalat tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah SWTIbrahim ‘Alaihissalam.

Tarawih malam 9 – Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Tarawih malam 10 – Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tarawih malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Tarawih malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).

Tarawih malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Tarawih malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bershalat tarawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Tarawih malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

Tarawih malam 16 – Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Surga.

Tarawih malam 17 – Allah SWT kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada Pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Tarawih malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah ridha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar